Dalam air tenang
Arus menyusur damai
Sesekali embun yang menitis memecah

Di mana percikkannya di mata
Lalu ku sentuh
Basahnya kejernihan

Dalam hati sunyi
Bagai hening pagi
Tiada beza lagi kedukaan ini

Andai nilai setia tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana
Serikah warnanya

(Korus)
Retak kasih ini
Berlimpahan rona luka
Telah pun kita simpan
Tak sedikit sejarah percintaan

Puncak kasih kita
Rendangnya oh seketika
Bagai cerita
Satu mimpi episod cinta

Terpaksa aku redha
Walaupun dalam nyata
Kau merisik tanya
Tidak ku percaya

Dalam air tenang
Hati melawan sunyi
Tiada beza lagi kedukaan ini

Andai nilai setia tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana serikan warnanya
Hebatkah cinta