Jangan dibuka pintu luka
Jika dibuka ikan meluru
Jangan udang mencari salah
Salah kita bahgi dahulu

Buang jangan dalam kota
Di rendam kurang setengah hari
Jangan tuan kata-mengata
Takut menimpa ibu sendiri

Riang ria Masa Indah
Mewarna-warni disini sana
Suara gendang dek oi dan rebana
Menambah seri pantun pusaka

Walaupun susah kita bersama
Sehingga kini aman sentosa
Kita semua warisan bangsa
Jangan abaikan budaya kita

Jangan dilupakan
Congkak dan Wau adalah permainan
Ayuh berlari utin
Hingga ke laut jong dilupakan

Asam jawa pokok di hutan
Dibawa orang tanam disiksa
Andai nyawa ada harapan
Tidak ku mahu berputus asa

Suara gambus Mendayu-dayu
Memanggil semua untuk bersama
Irama lama a hai berganding bahu
Ini tercipta lagu nan merdu

Budaya kita dijaga nama
Bersopan kita dimana-mana
Zaman berubah mengikut masa
Jangan abaikan budaya kita

Mari bermain sama
Gasing dan roda jangan dilupa
Kita adalah sama
Baru dan lama semua berjasa

Tampayang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersitukkan darah
Adat pahlawan membela negara