Berkurun lama telah aku rahsiakan
Cinta padamu kerna dikau laksana
Ratu di singgahsana di hatiku
Bertakhta kau selamanya

Kugenggam bara api cinta yang kau dambakan
Kan kupatrikan kasih yang kian menyala
Kupimpin tanganmu ke istana bahagia
Kesyurga kita yang menanti di sana
Segala kuimpikan bersamamu
Hanya dikau gadis idaman… hu yea

Cinta kasih ini
Untuk dikau kasih
Telah tersemat hanya
Dikau pujaan jiwa

Hati ini bertanya
Bilakah akan tiba
Detik untuk bersama
Wahai gadis idaman