Aku benci hipokrasi… kata ikhlas dari hati
Aku benci bangun pagi… tidur lewat tengok TV
Aku benci chat IRC… semua tipu identiti seksualiti
Benci tunggu teksi… tempat dekat tak nak pergi

Aku benci cetak rompak… hasil kerja kena ciplak
Aku benci rasa ngilu… cakar papan hitam dengan kuku
Aku benci kena saman… silap sedikit habis gaji sebulan
Benci minum kopi… banyak kafein boleh mati

Ada-ada saja yang tidak ku suka
Semua sama dua kali lima

Benci… benci bangun dari mimpi
Wang berjuta-juta mimpi jadi kaya
Aku benci terjaga tengah malam buta
Dan tak boleh lena esok hari kerja

Aku benci, benci, benci makan gaji
Tak henti-henti dimarah dan dimaki
Kerja separuh mati, hidup asyik dibuli
Bagaikan kuli dikerah sana-sini

Aku benci diskriminasi… pilih kasih ikut hati
Aku benci paparazzi… sibuk cari publisiti
Aku bencikan Shah Rukh Khan… lakonnya gimik, suaranya mimik
Benci lagu ini… banyak sangat yang dibenci

Ada-ada saja yang tidak kusuka
Semua sama dua kali lima

Aku benci menyanyi
Aku benci yang terjadi hari ini dan esok hari