Kehadapan pihak pengurusan
Kuingin memohon menjadi artis rakaman
Berikut disertakan gambar dan resume
Bersama pita demo nyanyian di karaoke

Kupunya cita menjadi bintang popular
Tak kira apa syarat yang dikena
Terpampang muka di muka majalah terkemuka
Bintang terkenal di seluruh negara

Aku tak peduli bayaran royalti
Asal kontrak dapat ditandatangani
Berikanku lagu komposer prolifik nombor satu
Terbitkan video agar ditayang di MTV selalu
Jangan lupa adakan sidang akhbar
Agar dapat kurasa kehidupan glamour

Berikanlah ku peluang
Peluang menjadi seorang bintang
Bintang bersinar dan di puja
Dipuja sebagai idola

Jika ku tak punya paras rupa
Kan ku pergi stylist, cari make-up artist
Mungkin juga kudapatkan manager
Mengatur kerjaya, pastikan berjaya

Kupunya cita menjadi bintang popular
Tak kira apa syarat yang dikena
Terpampang muka di muka majalah terkemuka
Bintang terkenal di seluruh negara