Berlinang airmata di pipimu
Mengenang sejarah menyayat kalbu
Haruskah kau biarkan
Kau hanyut dalam sendu
Haruskah kau relakan
Hatimu dibelenggu

Terusik hati ini keranamu
Ku petik setangkai anggerik biru
Ku hulurkan padamu sebagai hadiah
Engkau masih membisu merahsiakan sejarah

Rafidah haruskah kau rahsiakan sejarahmu
Rafidah usah teruskan tangisan hatimu
Dahagakah kau sayang
Dari kasih yang menghilang
Rindukah engkau sayang
Belaian kasih mesra Rafidah

Rafidah leraikan segala kekusutanmu
Rafidah luas dunia, luas untukmu
Hadapi dengan sabar apapun rintangan
Seharusnya kau sabar lalui hari muka