Indah…
Kurniaan dari-Nya
Mesra meniti usia
Mengatasi segala
Keagungan dari-Nya

Hindar…
Dari menghancurkannya
Cuba bersatulah kita
Membela nasib kita
Hanya itu yang ada

Berlari kita terus mengejar
Kedamaian di sana
Pasti kita temui harapan
Harapan yang dijanjikan

Meniti… melayari kehidupan
Mencari kemurnian insan
Sendiri melayari keasyikan
Biarlah kehidupan sekata
Kita Bersama