Sembahlah Allah tuhan semesta
Besarkanlah melalui ibadah
Kita hambaNya perlu menyembahNya
Merendah diri memuja kebesaranNya

Para pemimpin hendaklah hormati
Dan juga ibu dan bapa
Jasa orang tua jangan dilupa
Guru-guru juga kenanglah jasanya

Bangsa yang lemah tiada menyembah Allah
Tiada merendah diri kepada Tuhan ( 2X )

Menghormati pemimpin sudah tiada
Ibu bapa telah disia siakan ( 2X )

Bangsa yang rendah melupakan orang tua
Apatah lagi jasa guru-gurunya
Yang berjasa kepada bangsa
Kepada negara dan agamanya

Jadilah bangsa yang bermaruah
Tinggi akhlaknya mulia budi bahasa
Allah disembah Allah dipuja
Pada pemimpin dikenang jasanya