M… A… Ma… Ta… bunyinya mata
Mim Alif Ta pun bunyinya mata
Jawi dan rumi yang beza ejaan
Tapi tetap mata bunyi sebutannya

Mata pisau tajam terkena tangan
Mta pena tajam mengalahkan pedang
Mata akal tajam pemikirannya
Mata hati tajam renung dan pandang

Mata duitan harta mangsanya
Mata kail ikan mangsanya
Mata kerangjang buas orangnya
Mata-mata berat tugasnya…

Mata kucing manis isinya
Mata petai ulam jadinya
Mata air jadi telaga
Mata angin dijadikan…Pedoman

M… A… Ma… Ta… bunyinya mata
Mim Alif Ta pun bunyinya mata
Mata hitam mata boleh dipandang
Mata hati ada wujud pula tiada